26 Disember 2010

Futsal: Sepagi dan Sepetang

Sahabat saya baru sahaja menyampaikan ta'lim lepas solat Asar tadi. Dan antara isinya ialah berkaitan dengan 'berada di jalan ALLAH sepagi dan sepetang lebih baik dari bumi dan seisinya...'.
Jadi, macamana dengan kita? Adakah sudah sepagi dan adakah sudah sepetang kita berada di jalan ALLAH? Jalan Allah itu banyak.... benar. Dan dalam banyak-banyak itu sudahkah kita berada di antara yang banyak-banyak itu? Apa dia JALAN ALLAH? Persoalan yang mudah dijawab dengan lisan, tapi sukar dilaksanakan oleh anggota.

Apa yang biasanya dilakukan orang pada waktu pagi dan petang?? Pagi itu mudahnya saya simpulkan sebagai waktu dhuha. Dan waktu petang itu selepas asar. Apa yang dilakukan orang sewaktu itu? Atau bahasa banjarnya, napangnya diulah urang?? =P

Rutin di MTNP di waktu2 begini di hujung2 minggu, sukanlah pilihannya.. dan tak lain tak bukan sukan yang menjadi oilihan kalbu adalah futsal atau bola sepak. Maka, adakah sukan ini bermaksud berada di jalan ALLAH?

Masalah ini berbeza mengikut individu itu sendiri. Jika niatnya bersukan itu untuk semata-mata main, maka dia tidak berada di atas jalan ALLAH. Manakala, bagi sesiapa yang memilih untuk bermain itu untuk mengeratkan ukhuwwah, maka dia berada di atas Jalan ALLAH. Di manakah kita?

Dan bolehkah dikatakan bahawa SETIAP hari bermain itu, setiap harinya berada di jalan ALLAH? Muhasabah diri kita, koreksi diri kita... sebelum masa disia-siakan tanpa amal. Kerana ajal tidak emngenal usia, tidak mengenal ketika. Futsal sepagi sepetang adakah lebih baik dari bumi dan seisinya?

Futsal sepagi dan sepetang adakah lebih baik dari bumi dan seisinya?
Kitab Muntakhab Ahadith yang dibaca oleh sahabat saya.

______________ credit to Anas Amri bin Shahiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
top.location.href='" . $feed_url . "'"); } else { echo ("Feed Post Id: " . $_REQUEST["post_id"]); } ?>