26 Disember 2010

MTNP dan TAHAP: Terus Maju

Ini bukan promosi pasaraya Terus Maju ye. =P

Maahad Tahfiz Negeri Pahang terus (tidak belok-belok) melakar pencapaian cemerlang apabila calon-calon PMR bagi tahun 2010 telah menunjukkan peningkatan peratus straight A's berbanding tahun lepas. Satu pencapaian yang membuatkan saya tersenyum lebar. Meskipun saya tak dapat sama-sama merasakan debaran ketika pengumuman rasmi keputusan di Dewan Kuliah diadakan, tetapi keputusan ini tetap menjadi perkara yang saya nanti-nantikan.

Seramai 22 daripada 27 orang calon dari MTNP berjaya memperoleh 9A. Tahniah diucapkan...! Peratusnya saya pun dah lupa... =P
Logo Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Manakala, bumi bertuah pusat tarbiyah SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan (tempat saya bersekolah dahulu) turut menzahirkan kehebatan calon-calon PMR nya. 39 orang daripada 150 orang calon mendapat 9A. Rekod terbaik sepanjang zaman. 130 orang daripada 150 orang calon mendapat 5A ke atas. Satu keputusan yang saya tidak jangka. Untuk makluman, saya sempat dengan adik-adik calon PMR SMKA TAHAP 2010 ini. Sewaktu saya tingkatan 5, mereka tingkatan 1. Tak terjangka mereka dapat mencipta sejarah tersendiri. Tahniah untuk mereka.

Tidak lama lagi PMR akan dimansuhkan. Ketetapan kerajaan yang mendapat reaksi poositif dan negatif dari pelbagai pihak, namun secara peribadi saya turut bersetuju... (^_^).

Sistem pembelajaran di Malaysia perlu diubah. Tidak semestinya mesti berorientasikan peperiksaan. Yang pasti KPM perlu mencari alternatif lain agar para pelajar tidak menjadikan peperiksaan tujuan hidup. Ilmu perlu amal, amal perlu latihan praktikal. Apa kata jika kerajaan menjadikan ujian praktikal menggantikan PMR. Baik subjek teknikal seperti KHB mahupun subjek-subjek Sains, Mate, bahkan PAI. generasi sekarang makin cerdik, setakat peperiksaan....aic sebelah mata je jawab. (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
top.location.href='" . $feed_url . "'"); } else { echo ("Feed Post Id: " . $_REQUEST["post_id"]); } ?>