26 Disember 2010

ISTIQAMAH: Impak Terhebat


Pernahkah anda berminat untuk melakukan sesuatu dan anda berazam untuk meneruskan aktiviti itu untuk satu tempoh yang tertentu? Tapi hasilnya….anda meninggalkan aktiviti setelah beberapa masa kerana samada bosan, letih, atau kekurangan masa?



Saya sendiri pernah mengalami keadaan semacam itu, bahkan selalu dan sangat kerap. Antara perkara yang saya berazam untuk beristiqamah tetapi saya gagal adalah:

  • Menulis entri di blog
  • Bangun setengah jam lebih awal daripada waktu subuh setiap hari untuk qiamullail
  • Menyempurnakan hafalan al-Quran untuk hari esoknya seawal 9:30 pm setiap hari.
  • Update facebook persatuan.
  • Dan berbagai-bagai lagi.


Persoalannya, mengapa begitu sukar? Mengapa begitu sukar dan susah untuk istiqamah? Seringkali setelah beberapa tempoh, usaha itu akan pudar dan hilang arah. Sedangkan Rasulullah mengkhabarkan dalam hadith yang mafhumnya - Allah suka akan satu amal yang sedikit tetapi ISTIQAMAH!



Saya merasakan ada beberapa faktor yang menjadi punca kita gagal beristiqamah dalam aktiviti atau amal kita. Antaranya:

  • Tidak mengetahui matlamat sebenar amalan itu dilakukan.
  • Melakukannya hanya kerana untuk mengisi masa lapang.
  • Tiada pendorong untuk terus melakukannya.
  • Tidak dapat imbuhan yang diharapkan.
  • Tiada perancangan tetap untuk melaksanakan.
  • Hasutan syaitan.
  • Motivasi kurang.

     
Maka, apakah setelah kita mengetahui serba sedikit faktor yang menjadi faktor penghalang istiqamahnya kita, kita terus membantu tanpa mencari jalan penyelesaian? Tentu tidak jawapan yang terpacul dari mulut kita… dan kata-kata itu harus diiringi dengan perancangan dan amalan.



Untuk meneruskan azam murni kita, kita perlu mempunyai perkara-perkara berikut:

  • Objektif yang jelas mengapa aktiviti itu dilakukan - agar ia tidak kelihatan seperti sia-sia.
  • Mencari masa yang khusus untuk melakukan aktiviti tersebut dan jangan ditunggu masa lapang.
  • Mencari kawan atau sahabat yang sentiasa memperingatkan kita jika kita tidak beristiqamah dalam amalan.
  • Menetapkan iman bahawa setiap amalan yang disukai ALLAH akan mendapat pahala.
  • Merancang pelaksaan amalan itu secara bertulis dan bukan sekadar di khayalan minda.
  • Doa dijauhkan daripada sifat malas, lesu, leka, dan dijauhkan daripada hasutan syaitan.
  • Selalu membaca buku-buku motivasi.

     
Maka, moga-moga sedikit tips ini akan dapat kita sama-sama amalkan dan memperoleh manfaat daripadanya. DAN perlu diingat, bahawa untuk melaksanakan tips-tips di atas juga memerlukan ISTIQAMAH! (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
top.location.href='" . $feed_url . "'"); } else { echo ("Feed Post Id: " . $_REQUEST["post_id"]); } ?>